BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 25, 2009

------------------------------------------
CLEAR MY BOOK!
------------------------------------------


*pre-loved item.But in super good condition.
*price fixed.
*buy 3 get free postage.
*nk order,,isi form kt bwh ye,,tq.
*any question,kindly leave your msg at
love.mystuff@ymail.com.


name of item: jalan pulang
number of pages:224 pages
condition:85%
normal price: RM14.00
BOOK TREES price: RM7.00
synopsis:

Wahida dahagakan kasih sayang seorang ibu setelah ibunya meninggal dunia.Ayah pula sentiasa sibuk dengan tugas di pejabat.Terasa hilang tempat untuk meluahkan perasaan.Dan apabila kesunyian semakin menghimpit perasaan,dia terpaksa memilih jalannya sendiri.Dia merelakan dirinya hanyut dalam arus kebebasan yang akhirnya memerangkap dirinya sendiri.



name of item: dua dunia
number of pages:196 pages
condition: 95% (include bookmark)
normal price: RM14.00
BOOK TREES price: RM7.00
synopsis:

Indahnya hidup ini sekiranya kita dapat apa yang kita impikan.Yazmin hendak membuka salun.Tetapi dia minat hendak menjadi doktor bedah.Jadi saintis pun seronok juga.Ataupun buka nursery di depan rumahnya.Apa perasaan sekiranyan terpilih menjadi ratu cantik dunia! Dapat juga berbakti kepada anak-anak yatim dan orang kurang upaya.Tentu hebat! Aman dunia! Tiba-tiba ada seorang lelaki kacak yang hadir dalam hidup Yazmin.Dia bukan putera kacak cuma guru biasa.Namun,Yazmin bahagia dengan kehadirannya.Yazmin,bila hendak berhenti berangan!!



name of item: tiada lagi mimpi
number of pages:547 pages
condition:95%
normal price: RM19.90
BOOK TREES price: RM12.00
synopsis:

Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga.
Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja.
Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia?
Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan?
TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala...



name of item: mimpi yang pasti
number of pages:423 pages
condition:95%
normal price: RM17.00
BOOK TREES price: RM10.00
synopsis:

Kehadirannya tidak dipinta kerana dia lahir hasil dari hubungan

terlarang. Sejak itu, Adi Putera membesar tanpa kasih sayang dan
belaian manja. Ayah entah siapa. Ibunya pula sering tiada. Dia
membesar dengan omokan; jangan buat itu, jangan buat ini, jangan
nakal, jangan main api, jangan, jangan dan jangan! Akhirnya, dia
membesar sbg anak yang penakut dan tidak punya pendirian.
Namun, jiwa remaja Adi akhirnya memberontak. Bersama Agil, Razman,
Hassan, Ijan dan Nani, mereka menyertai kumpulan rempit Mat Motor
Adi. Dalam diam, Nani menyimpan hati pada Adi. Malangnya pemuda itu
hanya menyintai Nurul seorang.
"Maaf Nani. Aku terima budimu tapi cinta adalah soal hati"
Dalam satu perlumbaan haram, adi cedera parah dan mengalami gangguan
jiwa. Lebih mengecewakannya Nurul berkahwin dgn Razman. Ini
menyebabkan Adi membawa diri. Dia menemui Nani semula. Mereka hidup
aman bahagia.
"Rupanya cintamu lebih kuat dari cinta Nurul pada aku"



name of item: hanya untukmu ain
number of pages:352 pages
condition: 75%
normal price:RM17.50
BOOK TREES price: RM8.00
synopsis:

Rindu itu adalah bunga-bunga pagi yang mewangi di taman hati kewanitaannya.Dia juga membawa resah tatkala mimpinya sedang bermula,begitulah yang terpaksa Ain lalui lewat hari-hari manisnya.Dia mula keliru mengenai remajanya,mengenai dewasanya dan menganai kehadirannya.Dia menyisihkan keinginan Fadzli yang menagih persahabatannya.
Ain terperangkap dengan keikhlasan Uncle Richard atas nama persaudaraan dengan namanya.Benarkah bahawa itu menghalang kesangsian itu menghalang kemesraan yang menjadi mimpi panjang Ain.




name of item: sedetik cinta
number of pages:353 pages
condition: 90%
normal price:RM14.99
BOOK TREES price:RM9.00
synopsis:

Benarkah cinta pertama tidak semestinya bersatu? Sophie reda menerima keputusan Keyrill. Demi prinsip dan agama mereka harus berpisah. Namun bayangan lelaki itu sering menganggunya. bertahun2 memujuk hati yg lara.
Masa berlalu, hati Sophie berputi semula pada pengurusnya, Hj Akimi yg berkarisma. Namun sanggupkah dia menjadi org kedua? Dia tidak sanggup menjadi galang ganti sbg penyambung zuriat seorg lelaki. Sophie tegar. Kisah ini harus dinoktahkan.
Saat luka mula sembuh, tanpa diduga lelaki itu muncul kembali....Sophie percaya hidup ini ibarat gula2, namun dia tidak pernah berhenti berharap...dia percaya suatu hari nanti dia mampu membina bahagia bersama seorg lelaki yg entah dimana,....






name of item: seharum kasih
number of pages: 459 pages
condition:95%
normal price:RM17.00
BOOK TREES price: RM10.00
synopsis:

Pertemuan semula selepas hampir 2 tahun berpisah menyemarakkan semula cinta mereka dan masa tu baru la penulis flashback balik di hari perkahwinan Rasya dan Fahmi. Rasya enggan berkahwin hingga opahnya sendiri membuang dirinya. Fahmi minta kawin jugak demi menjaga hati ibunya yang disahkan mengidap kanser dan akan mati bila2 masa. Bila Rasya tetap tak dpt terima Fahmi, Fahmi setuju menceraikan isterinya yg kemudiannya jadi janda berhias.
masalahnya Reeza pulak dah bertunang dgn gadis indonesia yg menjaganya semasa sakit iaitu Hilda. Hilda sebenarnya senang melepaskan Reeza kpd orang yg dia benar2 cinta, tapi Reeza saja nak bagi Rasya rasa sakitnya rasa cemburu.


name of item: penggal ketiga di sekolah tengku asikin
number of pages:128 pages
condition:85%
normal price: RM3.50
BOOK TREES price: RM1.00
synopsis:

Cerita ini mengisahkan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekolah berasrama.


name of item: kembali ke daerah ini
number of pages:265 pages
condition: 95% (include bookmark)
normal price: RM14.90
BOOK TREES price:RM7.00
synopsis: Sekali sekiranya dapat,aku ingin berjumpa dengan teman-teman lamaku.Bertemu dan bercerita tentang kenangan dan kisah silamku di daerah ingatan yang semakin jauh ku tinggalkan.Dan harapan inilah yang masih bertunas di latar hatiku.Cukuplah sekali.



name of item: kolam rahsia
number of pages: 133 pages
condition: 95%
normal price: RM11.50
BOOK TREES price: RM6.00
synopsis:
Buat apa suluh ke dalam kolam itu? tanua Zila. Buang masa saja! ujar Nasir dari belakang.Saya mahu pastikan apa yang ada di dalam kolam itu,kata Aziz.Khalid juga meninjau-ninjau dari belakang.Eh,apa yang bersinar-sinar itu,ziz? tanya khalid.Benda apa lagi tentulah air.Kamu berdua ini buang masa saja! cemuh Nasir. Benarkah kata-kata Nasir? Ataupun mungkin jangkaan Aziz dan Khalid benar?



name of item:rahsia patung wanita
number of pages:112 pages
condition:80%
normal price:RM3.50
BOOK TREES price:RM1.00
synopsis:

Salma,Mei Lin dan Zarina ialah sepasukan penyiasat yang kerap membongkar jenayah misteri.Mereka mandapat bantuan daripada Encik Hamid,ayah Salma, seorang peguam yang terkenal dalam menjalankan penyiasatan.Pihak polis amat mengkagumi kepintaran mereka menyiasat.

name of item: bila siulan berbunyi
number of pages: 336 pages
condition:80% (include bookmark)
normal price: RM17.90
BOOK TREES price: RM10.00
synopsis:

Mereka bertiga bukan sengaja mendapat peta lama.Mereka bertiga juga sebenarnya tidak sanggup mengharungi pengembaraan yang menyeksakan itu.Tetapi demi mendapatkan semula sesuatu yang hilang,mereka bertiga terpaksa meneruskan pengembaraan hingga ke hujungnya.


name of item: kau yang satu
number of pages:416 pages
condition:75%
normal price:RM14.00
BOOK TREES price: RM7.00
synopsis:
Bot peribadi milik Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan.Nasibnya baik,dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman.Datuk Mustaza terhutang budi dengan sulaiman dan ingin menjodohkannya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.Taufik tidak setuju dengan rancangan bapanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella,model terkenal tanah air.Namun segala impiannya tidak tercapai.Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua.Taufik menuduh bapanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh.Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?


name of item: tak semanis impian
condition: 95%
number of pages:555 pages (include bookmark)
normal price:RM19.00
BOOK TREES price: RM12.00
synopsis:

NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu? “Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?” NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain. “Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!” RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang? “Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!” Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.



name of item: cinta pertama
condition:95%
number of pages: 504 pages
normal price: RM19.00
BOOK TREES price: RM12.00
synopsis:

Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.
Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?
Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?



name of item: suara hati
condition: 60%
number of pages:327 pages
normal price: RM13.00
BOOK TREES price: RM5.00
synopsis:

Cinta tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan dia terpaksa membuat kepu-tusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu dituruti sedangkan jauh di lubuk hati, selaut kasihnya telah tercurah pada Haris, pilihan sendiri.
Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilang tanpa khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima. Mereka berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantian menyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi buat selamanya.
Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya semula. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih terasa. Dan... andai cinta pertama telah di-kecewakan, masih wujudkah cinta untuk kali kedua?



name of item: hadirnya cinta
condition:85%
number of pages: 399 pages
normal price: RM15
BOOK TREES price: RM6.00
synopsis:
Yasmin Nadilla suka melancong.Kali ini Pulau Santubong.Pulau Sejinjang menjadi destinasinya.Namun,malang tidak berbau,Yasmin Nadilla telah diculik bersama seorang anak hartawan bernama Daniel Ezairy.Sejak menjadi tahanan,Daniel Ezairy sudah mula tertarik dengan Yasmin Nadilla walaupun dia sudah ada kekasih bernama Sharifah Mastura.Yasmin pula telah bertunang dengan Amran.Pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian Yasmin.Namun gagal.Yasmin sedikit puntidak mengambil kisah tentang perasaan Daniel.Dia betul-betul setia dengan tunangnya.Sebaik sahaja dibebaskan,Yasmin pun pulang ke kampung.Alangkah terperanjatnya apabila dia mengetahui bahawa adiknya telah berkahwin dengan Amran.Sejak kepulangan Yasmin,hati Haliza tidak pernah tenteram.Dia berasa sangsi terhadap kakaknya.Dia takut kakaknya merampas kambali kebahagiaan yang baru dibinanya.Manakala Yasmin pula tidak dapat menerima hakikat bahawa Amran merupakan adik iparnya.Seboleh0boleh dia ingin merebut kambali hati Amran.Pelbagai konflik berlaku sehinggakan Yasmin membawa diri ke Terengganu.Di Terengganu, Yasmin telah bertemu dengan Daniel.Apakah Yasmin dapat menerima cinta Daniel??



name of item: rindu yang pergi
condition:75%
number of pages:339 pages
normal price: RM13.00
BOOK TREES price:RM6.00
synopsis:

Nia Karmila... nama yang indah itu tidak seindah dengan hidup yang dilaluinya. Dugaan yang menimpa dirinya meragut segala kegembiraan yang dimiliki. Kebahagiaannya punah dalam sekelip mata. Hati mana yang tidak luluh, andai kehidupan menjadi pertaruhan. Hati mana yang tidak gundah, mahu menanggung keperitan yang tidak ada penyudah. Cuma yang tinggal, semangat yang ada kalanya goyah bersama keperitan yang datang menerjah.
Namun, kuasa ALLAH mengatasi segala. Hadir seorang lelaki bersama kasihnya yang tidak pernah padam. Rashdan... lelaki yang sanggup menerima segala kekurangan. Lelaki penyayang itu menyedarkan dia, membuat dia mengerti, hidup sebenarnya penuh misteri. Setiap hari ketika mentari muncul, dia bersyukur kerana masih bernafas. Setiap hari apabila mentari pergi, dia menanti penuh debar hari-hari yang mendatang.
Lalu wanita di ufuk pasrah ini menanti dengan doa, semoga suatu saat nanti penderitaan itu akan berlalu pergi. Lalu dia menanam tekad di hati, dia mahu sepuas-puasnya menikmati hidup ini dengan kasih sayang yang diberi..



name of item: masih ada rindu
condition: 75%
number of pages:432 pages
normal price: RM17.00
BOOK TREES price: RM7.00
synopsis:

Masih terasa manisnya detik bulan madu pabila secara tiba2 Hakim pergi meninggalkanya tanpa sebarang pesan. Kpd siapa harus dia bergantung harap? Syafikka sedar tangisan tidak mampu merungkai segalanya.

Tatkala hati masih berduka, muncul insan lain yg sudi menjadi pengganti. Namun cintanya pada Hakim terlalu mendalam tp dia sedar perjalanannya masih jauh. Dia tidak harus hanyut dan akhirnya nekad utk menerima.

Sygnya disaat kelukaan hampir pulih dan hati mula menyayangi, hatinya dilukai. Kecewa dgn apa yg terjadi, dia nekad melarikan diri. Dlm pelarian dia mula merasakan sesuatu...



name of item: air mata kasih
condition: 85%
number of pages:387 pages
normal price: RM15.00
BOOK TREES price: RM9.00
synopsis:

Di akhir Air Mata Kasih dulu Qimi excident dan meninggal dunia sebelum Ain
sempat meluahkan kata2 cintanya. Ain kecewa dan walaupun 5 tahun sudah berlalu,
dia merasakan Qimi sentiasa ada di sisinya. Dia tak pernah melalui hari2nya
tanpa memikirkan tentang Qimi. Dia mahu memulakan hidup baru dan mahu Qimi pergi
dari hidupnya supaya dia boleh membina keluarga sendiri. Dia membuat keputusan
utk berhijrah ke zon yang lebih sejuk dan meneruskan kerjaya dlm bidang
perhotelan. Namun hijrah itu menemukan dia dengan Nazmin Haqimi. Banyak perkara
tentang Nazmin Haqimi membuat Ain teringatkan Qimi (Iman Haqimi). Pertemuan
pertama mereka, pertelingkahan mereka, segala-galanya menjelmakan Qimi dalam
diri Nazmin Haqimi. Nazmin Haqimi seperti menanggung derita yg sama seperti Ain.
Banyak perkara yg membuatkan Ain mengesyakki yg Nazmin Haqimi dan Iman Haqimi
adalah org yg sama namun Nazmin Haqimi sendiri menidakkannya.




name of item: episod cinta luka
condition: 95%
number of pages:566 pages
normal price:RM20.90
BOOK TREES price: RM13.00
synopsis:

Kala cinta Zuraidah pada Syed Faiez mekar mewangi, Idora meminta sebuah pengorbanan. Biar berat, pengorbanan ini harus Zuraidah relakan jua demi meraih kasih ibu. Rohaya yang hamil tanpa suami dinikahkan dengan Syed Faiez untuk menutup malu. Lalu bermulalah pelarian Zuraidah membawa rajuk hati, kecewa, hampa... sendiri mencari bahagia yang tak kunjung tiba.
Apakah cinta Syed Faiez masih milik Zuraidah setelah lelaki itu mengetahui dirinya masih dirindui? Sanggupkah Syed Faiez meninggalkan anak dan isteri demi cintanya pada Zuraidah yang masih bersisa?

Hidup ini sukar diramalkan; terlalu penuh dengan kesukaran, kepahitan dan kesakitan. Bukan mudah sebenarnya untuk menggapai bahagia. Kadangkala betapa kebahagiaan itu cuba dihampiri, namun semakin jauh ia pergi.


;;